STATION RIVERINE TREE
This station features various riverbank trees that grow along the lake edge. Visitors can learn about the role of these trees in stabilising soil, providing shade, and helping to maintain water quality. These riparian trees are also important for preventing erosion and supporting biodiversity around the lake. Located beside the main lake, this area acts as a buffer zone that protects the aquatic ecosystem. Flood-tolerant and wetland-adapted trees help create a cooler microclimate. Their root systems filter sediment and pollutants before they enter the lake, helping to keep the water clear. The main flora at this station includes Kasai tree and Gapis. These flowering trees also can attract bees and butterflies for pollination process and provide habitat for birds, insects, amphibians, and small mammals, making this area an important example of riparian conservation within the city.
STESEN POKOK TEBING SUNGAI
Stesen ini menampilkan pelbagai pokok sungai yang tumbuh di sepanjang tebing tasik. Pengunjung dapat belajar tentang peranan pokok ini dalam menstabilkan tanah, memberikan teduhan dan membantu mengekalkan kualiti air. Pokok riparian ini juga penting untuk mencegah hakisan serta menyokong biodiversiti di kawasan tasik. Terletak di tepi tasik utama, kawasan ini berfungsi sebagai zon penampan yang melindungi ekosistem akuatik. Pokok sungai yang tahan banjir dan tanah lembap membantu mewujudkan mikroiklim yang sejuk. Sistem akarnya menapis sedimen dan pencemar sebelum memasuki tasik, sekali gus mengekalkan kejernihan air. Flora utama di stesen ini termasuk Pokok Kasai dan Pokok Gapis. Pokok berbunga ini juga dapat menarik lebah dan rama-rama untuk proses pendebungaan serta menyediakan habitat kepada burung, serangga, amfibia dan mamalia kecil, menjadikan kawasan ini contoh pemuliharaan riparian yang penting dalam bandar.
Fauna that can be found:
|
|
|
|