STATION PEATLAND

This station shows the clear difference between dark, tea-coloured peat water and the clearer lake water. This difference helps visitors see how soil and plants affect the colour and quality of water. This area is managed using man-made wetland islands (cells) and a water flow system to keep the peat soil moist. This effort is important to prevent soil sinking and to restore natural ecological functions. The peat soil here is high in carbon and works like a sponge, absorbing water during rain and releasing it slowly during dry periods. The dense vegetation creates a cool, moist area and provides habitat for aquatic life, insects, amphibians, and wetland birds. This peatland also acts as a carbon sink and supports biodiversity within the urban environment.

STESEN TANAH GAMBUT

Stesen ini menunjukkan perbezaan jelas antara air gambut yang gelap seperti teh dan air tasik yang lebih jernih. Perbezaan ini membantu pengunjung melihat bagaimana tanah dan tumbuhan mempengaruhi warna serta kualiti air. Kawasan ini diurus melalui pulau tanah lembap binaan (cells) dan sistem aliran air untuk mengekalkan kelembapan tanah gambut. Usaha ini penting untuk mencegah penurunan tanah dan memulihkan fungsi ekologi semula jadi. Tanah gambut di sini berkarbon tinggi dan berfungsi seperti span, menyerap air ketika hujan dan melepaskannya perlahan-lahan semasa musim kering. Vegetasi padat pula mewujudkan kawasan yang lembap dan sejuk serta menjadi habitat kepada hidupan akuatik, serangga, amfibia dan burung tanah lembap. Tanah Gambut ini juga bertindak sebagai penyerap karbon dan menyokong biodiversiti dalam persekitaran bandar.

Air berwarna teh di stesen tanah gambut akibat tannin dan asid humik dari bahan organik yang reput