STATION NATURAL BIOTIC

This station is located near a natural wetland area in Cyberjaya Lake Garden. It features native plants such as trees, shrubs and ground cover that are well adapted to the local soil and climate. It is a good place to observe local plants and learn about the natural ecosystem. The wetland receives water flow from the main lake and creates habitats for amphibians, insects, small fish and small mammals. The vegetation structure helps reduce soil erosion, absorb rainwater and maintain moisture in the area. Among the flora found here are Bitter Vine, Pitcher Plant, Climbing swamp fern and Cat's Claw Vine. This station plays an important role in nature education and biodiversity conservation.

STESEN BIOTIK SEMULA JADI

Stesen ini terletak berhampiran kawasan tanah lembap semula jadi di Taman Tasik Cyberjaya. Kawasan ini menempatkan tumbuhan asli seperti pokok, renek dan tanaman penutup bumi yang sesuai dengan keadaan tanah dan iklim setempat. Ia menjadi lokasi yang baik untuk melihat tumbuhan tempatan dan mempelajari ekosistem asli. Tanah lembap ini menerima aliran air dari tasik utama dan mewujudkan habitat untuk amfibia, serangga, ikan kecil dan mamalia kecil. Struktur tumbuhan membantu mengurangkan hakisan, menyerap air hujan dan mengekalkan kelembapan kawasan. Antara flora yang boleh dilihat ialah Selaput Tunggul, Periuk Kera, Paku Midin dan akar Kait-Kait. Stesen ini penting untuk pendidikan alam dan pemuliharaan biodiversiti.

 

Flora di stesen biotik ini tumbuh secara semula jadi tanpa sebarang campur tangan manusia.
Keseluruhan stesen biotik ini dilengkapi jambatan untuk pengunjung meneroka flora dan fauna.