

Pada 25 dan 26 Oktober 2025, seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, pengusaha pelancongan, komuniti setempat, pelajar serta wakil Orang Asli telah menyertai Program Ekopelancongan Berasaskan Komuniti RPS Ulu Kinta.
Program ini bertujuan untuk menghubungkan serta memperkukuh jaringan antara komuniti Orang Asli dan pihak luar melalui pakej dan aktiviti eko-pelancongan yang terdapat di kawasan RPS Ulu Kinta, iaitu Kayuh D’Tonggang (Chalet) dan Jok Bepihoy Mabeg @ Kg. Makmur (Denai Alam Sungai).
Secara keseluruhan, program ini telah memberi pendedahan dan peluang kolaborasi antara komuniti dan penggiat industri pelancongan ke arah pembangunan ekopelancongan berasaskan komuniti yang mampan di kawasan RPS Ulu Kinta.
#yayasanhasanah
#mof
#kayuhdtonggang
#mgpotuk
#ulukinta
#globalenvironmentcentre
#rivercareprogramme
|